Tuesday 22 May 2012

pengalaman sendiri

SHAKLEE???

TENTU korang penah dengar nama produk ni?.. produk shaklee ni dah popular sekarang especially kepada breastfeeding mama. kenapa popular??..sebab produk shaklee ni supplement tambahan yang bagus untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. saya sendri agak regret sebab tak diperkenalkan dengan produk ni terlebih awal. but still saya dah cuba dua produk shaklee iaitu mealshakes dan alfafa. untuk kali ni meh saya share testimoni saya lepas guna mealshakes ni... 

produk ni bagus untuk ibu dan anak...kenapa??..baik saya share dari pengalaman sendrik kan. sebab kebaikan sesuatu barang tu kalo kita sendri tak cuba macam mana kita nak tau tahap keberkesanannya. setuju??..sila angkat tangan macam gaya kak limah..hahahahha... ok..sambung semula. mealshakes.. kenapa saya mula menggunakan produk ni?... secara jujur, saya hanya dapat bf chinta dalam tempoh masa yang sangat singkat. bukan tidak berusaha. mungkin dah rezeki untuk chinta setakat tu sahaja. sedih? frust?.. tipu la kalau tak de rasa bersalah masa nak bagi dia fm. tapi dah Allah tetapkan hanya sebanyak itulah rezeki susu badan buat chinta, maka saya redha. Biasa la kan, orang selalu cakap, anak yang kurang dapat susu ibu ni mudah sakit. sekejap-sekejap demam laa..selsema laaa.. tapi alhamdulilah, syukur sangat pada Allah, my dear Qaseh Chinta Aleesya memang jarang sakit. dari lahir sehingga la mencecah 12 bulan usia dia..paling teruk dia penah kena selsema... yang mengakibatkan demam. dan waktu saya kena ciken pox dan berjangkit pada chinta, dia maintain je. takat naik ruam-ruam tapi tak demam.bersyukur, walau kurang 'antibodi' dari susu ibu, chinta masih membesar menjadi anak yang sihat dan cergas.

 Alhamdulilah.. cuma, awal tahun 2012 ni memang bermula tahun yang mencabar kepada saya. sebagai mama yang bekerja, bile diuji dengan anak yang sakit, ditambah dengan keje yang mula melimpah ruah di awal taun. memang memeningkan kepala. tensen.. tapi saya cekalkan hati. Awal 2012 saya bermula dengan tahap kesihatan anak yang kurang baik. bermula dengan demam... cirit-birit yang berterusan dan muntah. hati ibu mana yang boleh senang kan??... hampir seminggu lebih saya menghadapi keadaan chinta begini sehingga la dia admit ke Hospital Serdang. Memang saya suka praktikan, apabila anak sakit, tidak terus dibawa ke klinik/hospital.. sebab saya mahu antibodi yang sedia ada di badan anak melawan penyakit. 

Ini tips yang saya dapat dari Dr. Fahmi - klinik panel tempat keje saya. hampir seminggu lebih saya tidak ke opis.. mc + EL... huhu.. penuh je dalam planner saya untuk awal taun 2012 2 hari berlalu, saya lihat demam chinta tak kebah. saya pantau temperature dia setiap masa, tekap dengan kain basah. dua kali saya pegi klinik panel dan 2 kali saya ke Pusat Kesihatan Tempat keje saya.. masih takde apa-apa perubahan. last-last, doktor buat reference letter dan refer kes chinta ke Hospital Serdang. Dua hari duduk spital with no medication - tapi dripped for 1 and 1/2 bottle. sedih tgk dia trauma nampak doktor sebab takut kena cucuk. tapi sebab nak anak cepat sihat.saya kuatkan semangat je. hasil dari lab test (blood and stool) chinta positif Rota virus..ayooo.... 

alhamdulilah, 2 hari kat spital chinta sihat. lepas tu terus saya terpikir yang chinta mungkin perlukan supplement tambahan. puas saya google, baca testimoni dan akhirnya tertarik untuk mencuba meal shakes dari shaklee. sebab chinta suka je vanilla shakes kat secret recipe tu..so rasa vanila mesti laa suka kannn.. hehehe... takpe kuar duit sikit untuk kebaikan anak... 

 chinta masuk spital masa 2 februari..kuar spital pada 4 februari... dua malam gak la kat spital serdang tu. saya cakap ngan hubby... "chinta mengenang tempat kelahiran"..hehehe... then saya beli produk ni pada 21 februari..produk ni besar - boleh tahan untuk few months laa.. sebab saya punya mealshakes ada suku lagi even dah masuk bulan mei..hehehe...dan alhamdulilah, dari dia kuar hospital sehingga ke hari entri ini ditulis, chinta tak penah sakit lagi... 

jangan salah faham yer..di sini saya nak tegaskan, kita berusaha.. tapi Allah yang menentukan segalanya. kalo Allah nak uji dengan sakit, kita kena redha sebab sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. tetapi Allah juga suwuh kita berusaha kan. apa salahnya kita berusaha, memberi yang terbaik untuk amanah yang diberi oleh Allah ni. dan yang saya suka, selera makan bertambah. chinta ni memang kuat makan. tapi tak tau kemana pegi makanan tu sebab susah sangat nak gain weight. sampai kena refer ke paed dan dietation..hahaha.. tapi bile saya cakap ngan doc dan dietation apa yang chinta makan satu hari..diorang pun terkejut. makan memang non-stop..hehe.. tapi lepas saya bagi mealshakes ni.. makin bertambah selera makan... 

alhamdulilah... so, apa salahnya memberi sesuatu yang baik untuk anak anda??... 
apa keistimewaan mealshakes???


  • dapat meningkatkan selera makan anak-anak anda
  •  dapat meningkatkan sistem imum bagi mengurangkan anak dijangkiti demam/selsema
  •  meningkatkan kecergasan
  •  mengurangkan ekzema 
  •  sekiranya anak demam/selsema, lebih cepat sihat dari biasa.

sekiranya berminat.. sila hubungi saya... email: chintashaklee@gmail.com/ call: 017-2943262  

saya seronok dapat berkongsi sesuatu yang baik untuk permata hati kesayangan anda!!
saya juga ibu seperti anda!.. mencuba yang terbaik untuk permata hati kita!

 i share because i care.. 

 *harga istimewa menanti anda*

jangan lepaskan peluang..

 

Thursday 23 February 2012

Anak Selalu Demam & Tak Berselera Makan?

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. 

 Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.



Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Kesimpulannya, meal shakes sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan merupakan penyelesaian terbaik untuk anak-anak kita yang selalu demam dan tidak berselera makan.. Tak percaya? Jom tengok apa kata ibu-ibu nie..




    Sila hubungi saya untuk mendapatkan diskaun hebat hanya untuk anda pelanggan http://kedaimamachinta.blogspot.com/ ~ chintashaklee@gmail.com / 017-2943262

    Friday 10 February 2012

    Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

    Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

    1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
    Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
    Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

    2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
    Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

    3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
    Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

    4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
    Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

    5. Pantang larang makan vitamin.
    Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

    TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

    Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

    Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

    Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di http://kedaimamachinta.blogspot.com / 017-2943262 (zailawati) atau email: chintashaklee@gmail.com

    Thursday 2 February 2012

    Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

    Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

    Set 1  - Set B
    • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
    • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
    • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
    • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
    • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
    • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
    • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

    Set 2 - Eu-Four Pack
    • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
    • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
    • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
    • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
    • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


    Set 3 - Set E
    • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
    • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
    • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
    • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
    • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
    • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
    • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
    • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

    Set 4 - Set 3M
    • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
    • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
    • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
    • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
    • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
    Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

    Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

    Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

    " Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

    Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan http://kedaimamachinta.blogspot.com ~ chintashaklee@gmail.com/ 017-2943262

    Sunday 29 January 2012

    Slimming Set Shaklee

    Ramai yang tak tahu sebenarnya Shaklee juga mempunyai set diet yang hebat. Gabungan 3 supplement asas ini, jika diambil secara konsisten memang memberi kesan yang sangat menggembirakan. Walaupun Lecithin sangat terkenal untuk menguruskan badan, namun jika anda betul-betul komited ingin menguruskan badan, silalah ambil tiga produk di bawah ya.. Bagi ibu yang menyusukan anak, sila dapatkan konsultasi dari saya produk mana yang sesuai untuk anda ya..

    Pertama : Detox

    Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.





    Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblex atau Alfalfa atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber,dan Herblex sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblex pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak. 



    Untuk detoks, anda boleh pilih samada Fiber, Alfalfa atau Herblax.. ikut bajet anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit, selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. 




    Kedua : Protein

    Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo, sekaligus menghalang semula kenaikkan berat badan dengan mudah.



    Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP). (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 





    Ketiga : Lecithin

    Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





    Gabungan ketiga-tiga produk ini sangatlah berkesan dan saya percaya anda mampu mencapai berat badan yang anda inginkan, dengan syarat.. anda mestilah menjaga pemakanan.. Biar beribu harga produk atau slimming centre yang anda pergi, kalau makan tak control tak guna sebenarnya.. Kedua, mestilah minum air banyak sepanjang proses diet dijalankan, 2-3L sehari. Dan ketiga, konsisten ambil supplement nie..InsyaAllah kesannya memang SUPERB!

    Berminat mencuba produk ini? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di http://kedaimamachinta.blogspot.com ~ chintashaklee@gmail.com / 017-2943262

    Tuesday 17 January 2012

    Tips Memulakan Penyusuan Ibu

    Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Saya pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
    • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
    • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
    • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
    • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
    • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
    • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
    • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
    • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
    • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
    • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
    • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
    • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
    • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
    • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.

    Wednesday 4 January 2012

    Atasi Payudara Lembik dan Kendur

    Payudara merupakan aset penting seorang wanita. Saya percaya setiap wanita mahukan payudara yang cantik menawan.. Namun, seiring peningkatan usia, payudara akan turut mengalami kesan penuaan, kekenduran dan kurang pejal, tidak seperti zaman anak dara dulu.  Bagi ibu-ibu yang menyusu anak pula, kesan yang sama turut dirasai, malah adakalanya lebih ketara. Persoalannya, bagaimana nak maintain payudara kita agar sentiasa cantik dan menawan??

    Cara yang paling mudah ialah dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan. Tingkatkan pengambilan protein anda. Protein diperlukan untuk membina dan menjaga nada otot dan pejal. Protein juga menyediakan kolagen sangat diperlukan. Antara makanan yang  tinggi protien ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

    Dan semestinya supplement yang paling sesuai untuk mengatasi masalah payudara ialah Energizing Soy Protein(ESP). Dengan pengambilan ESP, ia sangat membantu dalam menganjalkan semula dan mencantikkan payudara anda. Berikut ialah sms yang diterima oleh customer kami, bahawa suami beliau sendiri menegur tentang perubahan yang beliau lalui. Syukur alhamdulillah. Gembira hati  membaca testimoninya...." Beb, suami aku kata breast aku anjal lepas seminggu minum ESP ko....best2. aku suka sangat!!!!!"

    Alhamdulillah..memang gembira bila mendapat tahu yang produk kami membantu ramai ibu dan wanita-wanita di luar sana kekal cantik dan sihat. Anda bila lagi? Cubalah..dan semestinya pengambilan ESP yang konsisten bukan sahaja mencantikkan dan menganjalkan semula payudara, tetapi juga mencantikkan kulit, menghilangkan kesan parut dan jerawat, membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu, dan menjadikan wajah tampil cantik, mulus dan berseri.


    Sila sms /email saya untuk mengetahui TAWARAN HEBAT ESP yang sedang berlangsung sekarang. Harga runtuh, tawaran memang berbaloi-baloi.. chintashaklee@gmail.com / 017-2943262
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...